Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Sukan

sukan636615384358597035.jpg

OBJEKTIF / MATLAMAT / TUJUAN

Merancang, melaksanakan dan memantau Program Pembangunan Sukan yang berasaskan kepada ‘Dasar Sukan Negara’, berhasrat untuk melahirkan belia-belia yang Sihat, Disiplin, Dinamik yang mempunyai semangat lawan dan seterusnya Kecemerlangan melalui Sukan Untuk Masyarakat dan Kecemerlangan Sukan. 

Menyediakan dan menghasilkan belia-belia dan atlit-atlit yang bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara. 

Menghasilkan atlit dan para belia yang berpotensi tinggi kearah Kecemerlangan di Peringkat Serantau dan Antarabangsa. 

Menggunakan aktiviti-aktiviti sukan sebagai pembangunan sosial. 


UNIT PRESTASI TINGGI

Penyediaan perancangan program atlit bagi penyertaan di kejohanan peringkat Serantau dan Antarabangsa
Meneliti sokongan bagi pencalonan atlit dan sukan ke kejohanan di peringkat Serantau dan Antarabangsa
Persediaan Kontinjen Negara bagi penyertaan Sukan Berkontinjen di peringkat Serantau dan Antarabangsa
Menyelaras Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS)
Sukan diperingkat Antarabangsa (penyertaan sukan berkontinjen):-
SUKAN PERINGKAT DUNIA (IOC)
Olympic Games
Youth Olympic Games
SUKAN PERINGKAT ASIA (OCA)
Asian Games
Asian Indoor & Martial Arts Games
Asian Beach Games
Asian Youth Games
SUKAN PERINGKAT KOMANWEL (CGF)
Commonwealth Games
Youth Commonwealth Games
SUKAN PERINGKAT KESATUAN NEGARA-NEGARA ISLAM (ISSF)
Islamic Games Federation
SUKAN PERINGKAT ASIA TENGGARA (SEAGF)
Southeast Asian Games
 

UNIT PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

Memantau hal ehwal yang berkaitan dengan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
Meneliti program tahunan / ‘blue print’ Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
Memantau program-program sukan yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
Sebagai Urusetia bagi menimbang permohonan dan pemberian bantuan ke Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
 

UNIT KEJURULATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN (UKPS)

Menyediakan program latihan bagi remaja dan elit (syllabus)
Menyelaras pengambilan jurulatih luar negeri, tempatan dan sambilan
Bantuan khidmat jurulatih kepada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah
Merancang dan menyelaras skim-skim remaja di keempat-empat daerah
Merancang program latihan skim remaja
Merancang kursus-kursus kejurulatihan
Merancang keperluan peralatan bagi latihan skim remaja dan juga elit
Program-Program anjuran UKPS:
Pembangunan Sukan (Grassroot) & (Talent Identification)
Program SKIM JBS dan Daerah-Daerah
Program Latihan bagi Atlit Kebangsaan
Latihan Pendedahan & Kejohanan bagi Atlit Potensi & Kebangsaan
PROGRAM ATLIT ELIT & KEBANGSAAN
Kejohanan Pendedahan
Latihan Luar Negeri
Aplikasi Sains Sukan
 

UNIT SUKAN UNTUK MASYARAKAT

Menyelaras penganjuran sukan dalam negeri dari segi penyediaan kertas kerja kejohanan termasuk peruntukan yang diperlukan dan keperluan-keperluan yang berkenaan
Merancang persediaan bagi penganjuran kejohanan dalam negeri di peringkat kebangsaan dan sukan berbentuk kemasyarakatan
Sukan-sukan anjuran Unit Sukan untuk Masyarakat:-
Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD)
Skim Remaja
Sukan bagi Wanita
Sukan Peringkat Daerah
Pesta Sukan Kementerian
Sukan Mukim-Mukim
Sukan anjuran Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
Sukan berbentuk Amal (Charity Event)
Aktiviti Larian anjuran Unit Sukan untuk Masyarakat:-
Larian Hari Kebangsaan
Larian Hari Keputeraan
Larian Hari Belia Kebangsaan
Larian Hari Olimpik
 

UNIT PENYELIDIKAN DAN PANGKALAN DATA

Membuat kaji selidik bagi perkembangan sukan
Mengumpul data-data penyertaan atlit Negara ke kejohanan di luar negeri dan pencapaian atlit Negara ke kejohanan tersebut
Mengumpul dan menganalisa laporan-laporan penyertaan Negara di kejohanan-kejohanan peringkat Serantau dan Antarabangsa
Membukukan maklumat bagi projek Bahagian Sukan dan Laporan tahunan Bahagian Sukan
Menyelaras Sumber Rujukan Bahagian Sukan
 

UNIT PENTADBIRAN

Hal Ehwal Pengurusan dan Pentadbiran
Memantau Perkembangan tenaga manusia
Menyelaras mesyuarat pegawai dan kakitangan
Menyelaras permohonan cuti tanpa catat dan kelonggaran waktu bekerja